PENTINGKAH SUNTIKAN PNEUMOKOKAL UNTUK KANAK-KANAK?
Assalamualaikum.
Pernah dengar tentang batuk dan suntikan Pneumoccal? Perlu ke? Sila ambil tahu ye.
Suntikan vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang boleh diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah daripada jangkitan kuman di paru-paru yang dikenali sebagai penyakit Pneumonia.
Penyakit Pneumonia ini kerap di alami oleh kanak-kanak di bawah umur 5 tahun. Ianya terjadi akibat bakteria, virus, fungus dan parasit yang menyebabkan jangkitan pada hidung dan berterusan hingga ke paru-paru.
Sekiranya mendapati anak anda mengalami batuk yang berpanjangan selama lebih tiga hari, keadaan badan yang lesu, mengalami muntah, nafas berbunyi dan dehidrasi, bawalah segera anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.
Untuk membezakan batuk biasa dan batuk Pneumonia, bunyi batuk biasa ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat Pneumonia yang bunyinya agak ‘dalam’ dan ianya kerap terjadi pada waktu malam sehingga ke pagi.
Nak dengar berita baik tak?
Alhamdulillah!
Suntikan vaksin Pneumococcal akan diberikan secara percuma kepada anak-anak kita mulai tahun 2020, sebagai sebahagian dari Program Immunisasi Negara.
Immunisasi Pneumococcal jenis Vaksin Berconjugat Pneumokokal (PCV) boleh diberikan kepada bayi dari usia 2 bulan, dengan 2 dos + 1 booster untuk perlindungan terbaik.
Untuk PCV yang ada di negara kita, jenama Prevenar 13 melindungi daripada 13 serotaip bakteria Streptococcus pneumoniae.
Bakteria ini boleh menyebabkan pelbagai jenis jangkitan
1. Radang paru-paru
2. Meningitis - radang pada selaput yang keliling saraf tunjang dan otak
3. Sepsis - jangkitan bakteria dalam darah
4. Sinusitis - jangkitan pada sinus
5. Otitis media - jangkitan telinga tengah
Walaupun jangkitan bakteria ni mampu dirawat dengan antibiotik, malang sekali, dengan kemungkinan komplikasi yang teruk yang boleh membawa maut, kan bagus kalau ia dicegah melalui immunisasi.
Terima kasih kerajaan sebab prihatin dengan nyawa bayi dan kanak-kanak di negara kita. Harga vaksin yang mahal, RM200-RM300 satu dos diberi begitu saja untuk mensejahterakan rakyat.

Jadi, sebagai ibu bapa yang prihatin, lengkapkanlah vaksin anak-anak anda. Janganlah mementingkan diri sendiri, fikirkan manfaat vaksin untuk anak anda dan masyarakat sekeliling.
Semoga bermanfaat.
Comments
Post a Comment