Bilik tidur suami isteri adalah PRIVACY.





Bilik tidur adalah PRIVACY SUAMI ISTERI. Even anak pun sebenarnya tak boleh suka-suka masuk, kena minta izin, apatah lagi org luar.

Malah pakar perunding keluarga seperti Dr Fadzilah Kamsah pun berpesan, bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan NO ENTRY. Hanya utk suami isteri sahaja sbb di sanalah segala aktiviti sulit dilakukan bersama pasangan.

Org lain boleh guna bilik tetamu/bilik anak. Tapi bukan bilik utama suami isteri. Kalau suami tak faham atau tak boleh terima, bawa dia jumpa pegawai kaunseling di JKM atau mana2 pej. agama.

Islam memberikan HAK PRIVACY kpd suami isteri, apatah lagi dlm rumah sendiri. Org luar tak boleh suka2 masuk ke mana2 bahagian dlm rumah, tanpa izin tuan rumah. Haram hukumnya.

Lebih2 lg, dlm bilik tidur itulah, terdapat pakaian tidur milik isteri yg tak sepatutnya menjadi tontonan org luar, walaupun mak ayah mertua sendiri. Jangan anggap ini benda remeh. Bilik tidur yg selalu dimasuki org luar, lama kelamaan akan hilang serinya.

Surah An-Nur ayat 58
Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa;(iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengahari, dan sesudah sembahyang isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (yang menjelaskna hukum-hukum-Nya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana."

Intisari : Islam mempunyai panduan lengkap dalam segenap aspek kehidupan. Misalnya dalam adab pergaulan rumahtangga, setiap ahli keluarga atau orang gaji tidak dibenarkan menerpa masuk ke dalam rumah atau bilik ahli keluarga yang lain tanpa terlebih dahulu meminta izin. Waktu-waktu yang sangat dilarang ialah semasa bangun pagi, semasa berehat tengahari dan semasa tidur waktu malam. Kebiasaannya pada waktu-waktu tersebut mereka tidak memakai pakaian yang cukup untuk menutup aurat.

Perkongsian bersama...

Comments

Popular posts from this blog

KECUTKAN BUASIR DENGAN MUDAH

9 petua menghalau semut tanpa menggunakan racun