Kaedah perancang keluarga-IUCD

Tak habis-habis cerita nak takutkan orang ramai!



Ini IUCD tanpa hormon.
Antara kaedah merancang yang jauh lebih baik daripada merancang sendiri. Ia jauh lebih berkesan.
Dengan IUCD, hanya 4 dalam 100 wanita yang menggunakannya gagal, yakni mengandung.

Berbanding kaedah azal atau waktu subur.

Takde 'brek mengejut' semasa melakukan seks mahupun lampu merah semasa nak lakukan hubungan kelamin.

Ia juga kaedah tanpa hormon, jadi tidak ganggu kitaran haid mahupun tidak ada kesan pada berat badan. Tiada jerawat, tiada bloated feeling, tiada kesan progesterone yang mungkin mengganggu wanita.

Ia juga boleh dipasang di klinik oleh pengamal kesihatan terlatih. Tak perlu masuk bilik bedah seperti prosedur sterilisation seperti BTL.
Datang KK seperti temujanji, bayar RM1, atau RM5 sekiranya FMS yang pasang, dan prosedur boleh siap tak sampai 30 minit.

Boleh ambil pap smear juga pada masa yang sama.

Kenapa nak highlight tentang kesan sampingannya, iaitu tertembus finding rahim yang hanya berlaku 2 kes dalam 1000 wanita yang menggunakannya?
Lebih ramai wanita yang selesa menggunakannya berbanding yang mengalami masalah.

Yang cakap sakit sangat, saya akan tanya balik, mana lagi seksa, sakit pasang IUCD atau seksa masa mengandung dan bersalin? Sebab banyak wanita yang telah saya pasang IUCD elok je senyum lepas IUCD dipasang.

Tertembus rahim jarang berlaku.
Ia dipengaruhi oleh masa pemasangan, teknik serta kemahiran orang yang memasang. Sebab itu, hanya staff yang terlatih dan berpengalaman yang boleh memasangnya.
Dan selepas dipasang, ultrasound mestilah dilakukan untuk memastikan IUCD berada di tempatnya. Jangan lupa juga untuk mengingatkan pesakit agar datang balik ke klinik sekiranya terdapat sakit abdomen atau perdarahan berlanjutan.

Saya lebih banyak jumpa wanita yang ternengandung dan menyesal berbanding jumpa wanita yang bermasalah selepas pakai IUCD.

Wanita yang bijak ialah wanita yang tahu menimbangkan baik dan buruk. Bukan yang hanya dengar-dengar cerita di FB dan buat kesimpulan yang dangkal tanpa dapatkan penilaian atau nasihat pengamal kesihatan bertauliah.

#copypaste
#IUCDworksbutsomeBrainsMayNot
#Membebelsayang

Comments

Popular posts from this blog

KECUTKAN BUASIR DENGAN MUDAH

Bilik tidur suami isteri adalah PRIVACY.

9 petua menghalau semut tanpa menggunakan racun